Tiba-tiba Rebah Atas Pentas, Penyanyi K-Pop Hyuna Minta Peminat Jangan Risau

EntertainmentMusic
10 Nov 2025 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Penyanyi K-pop, Hyuna, rebah ketika membuat persembahan pada acara Waterbomb di Macau pada Ahad (9 Nov). Penyanyi berusia 33 tahun itu pengsan ketika sedang membawakan lagu hitnya, Bubble Pop!

Dia dilihat sedang menari di atas pentas sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri. Hyuna kemudian dibawa keluar dari pentas oleh pihak keselamatan.

Beberapa jam kemudian, Hyuna memuat naik hantaran di Instagram untuk menenangkan peminat bahawa dirinya dalam keadaan baik.

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

“Saya betul-betul minta maaf… Saya nak tunjukkan persembahan terbaik, tapi saya rasa saya tak cukup profesional, dan sejujurnya, saya tak ingat apa-apa.

Ramai peminat Macau datang, dan termasuklah A-ings (peminat Hyuna), semua dah bayar untuk menonton persembahan ini, jadi saya rasa sangat bersalah dan benar-benar minta maaf,” tulisnya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu juga berjanji akan cuba membina stamina dan terus bekerja keras pada masa depan.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menghargai dirinya walaupun ada kekurangan, selain meyakinkan mereka bahawa dia dalam keadaan yang baik-baim sahaja.

Walaupun punca sebenar dia pengsan di atas pentas masih belum jelas, ada yang berspekulasi ia mungkin berkaitan dengan usaha diet ekstremnya kebelakangan ini.

Hyuna pernah mendedahkan pada 3 Oktober lalu bahawa dia mula berdiet, sebulan kemudian, pada 4 Nov, dia berkongsi bahawa berat badannya turun sebanyak 10kg.

Sumber: CNA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.