Tiba-tiba Semua Bergegar Dan Bergoyang

4 Apr 2024 • 8:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar pengguna MRT yang terhoyong hayang apabila gegeran susulan melanda Taiwan selepas gempa bumi berskala 7.3M menggegarkan pulau berkenaan. - gambar media sosial

Video kejadian gempa bumi dan ketakutan penduduk di Taiwan apabila negara itu bergegar pagi semalam, terus dikongsikan pengguna media sosial beberapa jam selepas bencana alam itu berlaku.

Daripada rakaman di atas lebuh raya bertingkat, dalam tren, bangunan yang condong akibat gempa, serta kejadian tanah runtuh yang berlaku, ia bukan saja dikongsikan warga Taiwan yang terjejas, malah pekerja asing yang berada di sana.

Sehingga pagi ini, sembilan kematian dilaporkan dalam kejadian gempa bumi itu serta gegaran susulan, manakala lebih 1,000 mangsa mengalami kecederaan.

Dilaporkan juga, kerja mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan di bawah timbunan bangunan yang runtuh. – Getaran, 4 April 2024

@getaranmy Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada awal pagi Rabu. Video: Orang Awam & disaster news #getaranmy #gempabumi ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved