TicWatch 3 Pro Ultra Dan TicWatch E Akan Menerima Wear OS 3 Suku Ke-3 Tahun Ini

TechnologyDigital
5 Apr 2023 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas bertahun menanti akhirnya ada khabar baik untuk pengguna jam tangan pintar Mobvoi iaitu TicWatch. Kemaskini Wear OS 3 yang dinanti-nantikan akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Pengedaran kemaskini ini ditunda kerana Mobvoi telah mengalihkan fokus kepada projek lain yang berkemungkinan adalah TicWatch Pro 5 yang dijana Snapdragon W5+ Gen 1. Tetapi kemaskini ini hanya akan diberikan kepada dua jam sahaja.

image is not available

TicWatch E yang dilancarkan pada tahun 2021 iaitu jam tangan pintar Snapdragon Wear 4100 mampu milik dan TicWatch Pro 3 Ultra GPS versi mercu dwi-skrin yang dilancarkan pada tahun lalu. Dukacita dimaklumkan TicWatch Pro 3 tiada sebarang khabar mengenai ia akan menerima kemaskini ataupun tidak walaupun spesifikasi lebih kurang sama dengan Ultra.

image is not available

Jam-jam Wear OS Mobvoi lain yang dijana cip lama seperti Snapdragon Wear 3100 walaupun cip menyokong Wear OS 3 pengguna mungkin boleh berfikir untuk beli jam baharu kerana tiada khabar baik bagi jam-jam model lama.