Nothing Phone (1) Menerima Kemaskini Sokongan Ear (2)

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 6:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini, Nothing Phone (1) menerima kemaskini baharu untuk Nothing OS iaitu versi 1.5.3 yang masih lagi berasaskan Android 13. Kemaskini ini membawakan sokongan Nothing Ear (2) untuk digunakan bersama Phone (1).

TWS baharu ini masih lagi belum dilancarkan, tetapi Nothing memberi kemaskini sebagai persediaan awal. Ear (2) hanya akan dilancarkan pada 22 Mac nanti.

image is not available

Selain itu, kemaskini ini turut membawakan penambahbaikan prestasi dengan sistem pengurusan memori baharu. Sistem ini mampu mengurangkan 35% masa aplikasi mula semula dengan janji penggunaan kuasa CPU lebih rendah untuk aplikasi berjalan di latar.

Nothing turut menyatakan kemaskini ini turut memberikan ketahanan bateri yang lebih baik. Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat dan dijangka tiba ke semua pengguna menjelang 20 Mac nanti.