“Tidak Ada Bukti Terlibatnya Ahli Politik & VVIP Dalam Kes Zara” – Peguam

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 8:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian,Sinar Harian, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina menafikan wujudnya penglibatan ahli politik atau individu-individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian ini.

image is not available

Menurut peguam, Shahlan Jufri, sehinggi kini pihaknya hanya bercakap berdasarkan fakta dan bukti yang ada, malah tidak pernah mengaitkan mana-mana ahli politik dalam kes melibatkan remaja 13 tahun ini.

Kami tidak akan sorok kerana kami mewakili ahli keluarga dan kepentingan ahli keluarga itu penting. Kalau ada, memang kami akan beritahu sebagaimana dalam kenyataan media kami dari awal.

image is not available

Sekadar info, kes kematian Zara Qairina mula menjadi perhatian ramai selepas pihak berkuasa gagal menemukan pelaku-pelaku sedangkan ia berlaku di dalam kawasan sekolah dan ramai mula berasa berang selepas tular dakwaan mengatakan pelaku-pelaku yang terlibat merupakan anak VVIP.

image is not available 2025-08-10 10:29:50

Foto Tular, Pelajar Didakwa Terlibat Kes Zara Qairina Sudah Pindah Sekolah? - "Bukan Main Happy Takde Rasa Bersalah Langsung"

View Original Article