Kes Zara Qairina: ‘Ada Patah, Ada Kecederaan’ – Peguam

11 Aug 2025 • 11:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut.

Tubuh Zara Qairina ada kecederaan

image is not available
Foto: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, perkara itu disahkan peguam keluarga arwah, Shalan Jufri yang turut berada di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) sepajang prosedur dijalankan.

“Saya berada dalam bilik bedah siasat kira-kira lapan jam tanpa makan dan minum untuk memerhati setiap langkah yang dilakukan pasukan forensik.

“Memang ada kecederaan, seperti yang sudah diketahui umum melalui media sosial. Namun selebihnya saya tidak dapat dedahkan kerana ia masih dalam siasatan dan maklumat tersebut bersifat sulit.

Saya tidak begitu ingat jumlahnya, tetapi memang ada patah dan kecederaan lain,” katanya.

image is not available

Shahlan turut menyatakan beliau berpuas hati dengan keseluruhan proses bedah siasat yang dijalankan pihak hospital.

Sumber: Kosmo! (Ivan Amirul)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved