Tidak ada kerajaan jatuh kerana bantu rakyat, sebaliknya rasuah punca utama - PM

LocalPolitics
28 Oct 2024 • 5:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha kerajaan dalam membantu rakyat khususnya golongan yang memerlukan sama sekali tidak akan menyebabkan kerajaan jatuh, sebaliknya punca utama adalah akibat amalan rasuah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, belum pernah tercatat dalam sejarah dunia mengenai tumbangnya sesebuah kerajaan kerana memperuntukkan perbelanjaan besar untuk kepentingan rakyat.

"Saya tak pernah baca atau ada sejarah dunia sama ada sejarah Islam, China purba, India, Arab atau Amerika Latin bahawa ada kerajaan jatuh kerana belanja banyak untuk tolong rakyat miskin.

"Belum pernah tercatat dalam sejarah ada mana-mana pemerintah itu kalah atau jatuh kerana membantu rakyat miskin atau menaikkan gaji yang sepatutnya dengan bagi upah yang adil.

"Kerajaan jatuh kerana rasuah, penyelewengan tamak haloba, pimpinan kaut harta yang bukan hak mereka. Itu yang menyebabkan negara tumbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Residensi Madani Putrajaya di sini pada Isnin. - Bernama