“TIDAK BENAR” – KKM Nafi Dakwaan Tak Terima Pesakit ‘Walk-in’ Di Klinik Kesihatan Mulai Januari 2026

2 Jan 2026 • 9:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, timbul dakwaan yang mengatakan kononnya klinik kesihatan (KK) sudah tidak menerima lagi pesakit secara ‘walk-in’ bermula Januari 2026 ini.

Susulan penularan mesej tersebut di media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook semalam menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, meskipun sistem temu janji adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit ‘walk-in’ tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.

Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.

“Pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Kementerian pada masa yang sama turut memahami akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu, oleh itu perkhidmatan ‘walk-in’ akan diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

Sumber: Kosmo, Facebook KKM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.