Tidak dikembalikan, UPSR dan PT3 kekal mansuh – Fadhlina

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 1:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga atau UPSR dan PT3 kekal mansuh dan tidak akan dikembalikan setakat ini.

Memetik laporan Utusan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih kekal dengan keputusan sebelum ini yang mana kedua-dua peperiksaan itu dimansukan pada 2022.

Namun begitu, beliau berkata cadangan untuk mengembalikan kedua-dua peperiksaan itu memerlukan pandangan menyeluruh dan tidak tidak boleh dilihat berdasarkan satu aspek sahaja.

Tidak dikembalikan, UPSR dan PT3 kekal mansuh

image is not available

Foto: Utusan

“Kita perlu sediakan pandangan keseluruhan KPM dan kita akan siapkan persiapan pandangan itu, ia tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja dan (seharusnya) lebih besar.

“(Ini kerana) anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita nak ulang kaji mereka, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan beberapa pihak termasuk bekas Menteri Pendidkan, Datuk Seri Mahdzir Khalid agar UPSR dan PT3 dikembalikan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi pelajar Tahun 3 dan Tingkatan 3 perlu disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar yang tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M).

Anak-anak bukan tikus makmal, UPSR dan PT3 kekal mansuh

image is not available

Foto: Utusan

Menurut Fadhlina, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata pihak kementerian telah membuat pelbagai penegasan semula khusus untuk meneguhkan pentaksiran bilik darjah (PBD) termasuk latihan kepada guru-guru.

Katanya, langkah ini bagi memastikan tidak ada masalah yang akan menjejaskan kemajuan anak-anak khususnya berkaitan falsafah pendidikan kebangsaan.

“Jadi penegasan di peringkat KPM itu adalah untuk memastikan apa keputusan yang kita ambil tidak boleh menjejaskan anak-anak kita.

“Kita ada tumpuan yang lebih besar khususnya Kurikulum Persekolahan 2027 dan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu.

“Semua input ini termasuk peperiksaan UPSR sudah berada dalam sesi libat urus KPM khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu,” ujarnya.

UPSR dan PT3 kekal mansuh dan tidak akan dikembalikan

image is not available

Foto: Utusan

UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

PT3 pula mula dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) namun kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan pada 2022.

Sumber: Utusan (Kamariah Khalidi)