Tidak hadir 'roll call', anggota polis ditemukan meninggal di kuarters

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI - Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia dalam kuarters pondok polis Sungai Lalang di sini pada Rabu.

Mangsa berusia 46 tahun dan berpangkat sarjan sokongan itu ditemukan tidak sedarkan diri selepas tidak muncul ketika pemeriksaan semak keberadaan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa berstatus duda itu menghidap penyakit kencing manis dan tinggal berseorangan.

"Kejadian disedari apabila mangsa tidak hadir 'roll call' dengan ketua polis balai yang dilakukan kira-kira jam 3 petang.

"Bagaimanapun, masa kematian masih belum dapat ditentukan, namun berdasarkan pemerhatian awal, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut Wan Azharudin, mangsa yang telah berkhidmat selama 23 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun meninggal dunia semasa ditemui.

"Namun, pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini.

"Punca kematian masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, m ayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved