
Tuaran: Seorang warga emas lelaki berusia 86 tahun yang dilaporkan hilang pada Selasa selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sinulihan, Tamparuli di sini, ditemui selamat.
Akun Kalawot ditemukan pada jam 3.10 petang Rabu oleh sepasukan polis dalam keadaan penat, namun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak polis yang turut serta operasi mencari dan menyelamat (SAR), berhubung penemuan lelaki itu di kawasan kebun halia, kira-kira 500 meter dari lokasi akhir dia dilihat.
"Pasukan bomba bergegas ke lokasi mangsa ditemukan dan mengangkatnya ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk memeriksa keadaan kesihatan serta memberi rawatan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more "Seterusnya, mangsa diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut," katanya, menambah operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang.
Pada jam 5.30 petang Selasa, puluhan penduduk kampung membantu mencari mangsa namun tidak menemui sebarang petunjuk sebelum ahli keluarganya melaporkan kejadian itu kepada polis dan agensi penyelamat lain.
Pihak bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.12 pagi Rabu, tiba di lokasi sebelum menjalankan operasi SAR dengan bantuan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan orang awam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


