“Tidak Halal Duit Kerja Kalau Tipu” – Ustaz Ulas Isu Content Creator Luah Makanan Selepas Buat Review [Video]

LocalFood
5 May 2026 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Tidak Halal Duit Kerja Kalau Tipu” – Ustaz Ulas Isu Content Creator Luah Makanan Selepas Buat Review [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi menampung keperluan diri dan kos sara hidup, rata-rata rakyat Malaysia melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi mendapatkan rezeki halal. Tidak kira bagaimana susah dan penatnya tugasan itu, ramai di antara kita yang tidak merungut serta terus berusaha.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang tidak menitikberatkan etika dalam pekerjaan.

Tanpa mereka sedari, tindakan dan perbuatan itu bukan sahaja boleh mencetuskan fitnah serta mengundang kecaman, malah lebih parah menjejaskan keberkatan rezeki tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Mencari Rezeki Halal” – Ramai Sebak Lihat Wajah Penat Warga Emas Jadi Maskot [Foto]

Baca Artikel Berkaitan: “Di Usia Ini Masih Cari Rezeki” – Pakcik Pemandu Bas Kerja 7 AM – 10 PM Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Ini Titip Pesanan Kepada Pelajar Buat Part Time Agar Tak Putus Asa Cari Rezeki Halal

Content Creator Luah Makanan Lepas Rakam Video Reviu

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular video seorang content creator bertindak meluahkan semula makanan yang direviu di sebuah kedai makan.

Menerusi video behind the scene tersebut, kelihatan wanita itu sedang menjamah sesuap spageti sambil merakam video reaksi wajahnya selepas makan makanan barat (western) terbabit. Bagaimanapun, dia tidak menelan spageti berkenaan sebaliknya meluahkan semula makanan itu selepas selesai mendapat shot rakaman video.

“Makanan ni sedap cuma saya bukan penggemar spageti,” katanya.

Bukan sahaja spageti, malah dia juga melakukan perkara sama selepas mencuba beberapa menu makanan yang lain termasuklah dessert berasaskan susu.

Semasa merakam video reviu terbabit, wanita itu mengatakan bahawa hidangan yang dicuba adalah ‘sedap’ namun lain pula di sebalik tabir apabila dia mengkritik beberapa jenis makanan.

Netizen Susah Nak Percaya Review Makanan Oleh Influencer

Video tersebut kemudiannya telah mendapat pelbagai reaksi dan kecaman ramai pihak. Malah ramai juga yang mempersoalkan adakah reviu makanan yang dilakukan adalah menipu atau sebaliknya.

“Sebab tu tak boleh percaya sesetengah review dari influencer ni. Apa review benda yang kau tak makan lepas tu dekat video kau cakap sedap, sedap?” tanya seorang pengguna X.

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Letak Rating & Review Barang Baharu Yang Belum Diguna? Ini Penjelasannya

Cara Bekerja Tentukan Halal Atau Tidak Punca Pendapatan Seseorang

Hantaran tersebut dalam masa sama turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Nasrullah. Jelas ustaz itu, orang ramai perlu lebih berhati-hati sekiranya menjana pendapatan dengan cara sebegitu.

Hal ini kerana, rezeki yang diterima daripada hasil penipuan dianggap tidak halal.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Jauhilah sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan kemaksiatan akan membawa ke neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.”

[Hadis riwayat al-Bukhari: 6094]

Wanita Tampil Mohon Maaf, Akui Tindakan Luah Makanan Kurang Profesional

Content creator berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya bagaimanapun sudah tampil memohon maaf atas kekhilafannya memuat naik video yang berpotensi menjatuhkan reputasi kedai makan terbabit.

Jelasnya, perbuatan tersebut bukanlah untuk menunjuk rasa tidak suka terhadap hidangan yang dijamahnya.

“Saya Raihan Farhana ingin memohon maaf atas tindakan saya yang keterlaluan dalam video tular baru-baru ini. Saya mengakui bahawa tindakan kurang profesional dan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai pihak.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tujuan saya memuat naik video tersebut bukanlah untuk menjatuhkan reputasi mana-mana pihak atau menunjukkan rasa tidak suka terhadap makanan tetapi sekadar berkongsi bahawa saya sedang berada dalam fasa pengawalan makanan,” katanya.

Dia dalam masa sama berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan nasihat selain menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Image from: “Tidak Halal Duit Kerja Kalau Tipu” – Ustaz Ulas Isu Content Creator Luah Makanan Selepas Buat Review [Video]
Sumber: TikTok

View Original Article