Sufian Suhaimi kini bergelar bapa -“Rasa sebak, bahagia semua bercampur”

EntertainmentFamily & Parenting
29 Apr 2026 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Sufian Suhaimi kini sah bergelar bapa selepas isterinya, Rania Al Sadat, selamat melahirkan bayi sulung mereka, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan berkeluarga.

 Khabar gembira itu dikongsikan sendiri menerusi Instagram babypian.hq bersama video yang merakam detik penuh bermakna tersebut.

Momen selama ini ditunggu

Dalam suasana penuh syukur, penyanyi berusia 33 tahun itu turut meluahkan perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga momen yang Pian tunggu selama ni. Hari ni, Pian dengan penuh rasa syukur nak kongsi yang Pian dah pun bergelar seorang ayah.
“Susah untuk Pian gambarkan perasaan kali ni… rasa sebak, bahagia, semua bercampur jadi satu.
“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa support Pian dan juga baby Pian, daripada kosong sampailah ke tahap Pian dapat bina sebuah family yang Pian impikan hari ni,” kongsinya jujur.

image is not available

Alhamdulillah syukur

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang tumpang gembira dengan berita berkenaan.

image is not available

Tahniah Pian dan isteri

image is not available

Baby Pian dah ada baby

image is not available

Sekadar info, Sufian Suhaimi, 33 telah mendirikan rumah tangga dengan Rania Al Sadat pada 25 Mei 2025.

Sumber: Instagram babypian.hq

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved