Tidak Jauh Dari Kuching, Borneo Tribal Village Ini Tawar Penginapan Tenang Untuk Anda

29 Oct 2022 • 6:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Borneo Tribal Village ini memang best!

Tidak Jauh Dari Kuching, Borneo Tribal Village Ini Tawar Penginapan Tenang Untuk Anda. Jika anda warga Kuching yang mencari tempat percutian segera untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan bandar, Borneo Tribal Village di Bau ini adalah untuk anda.

Berkonsepkan Kampung Bidayuh Tradisional dan dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi unik Sarawak, tempat ini menawarkan pelbagai jenis tarikan dan aktiviti menarik. Antaranya adalah jungle trekking, kayak, hiking, memancing dan sebagainya.

image is not available
Tidak Jauh Dari Kuching, Borneo Tribal Village Ini Tawar Penginapan Tenang Untuk Anda. Kredit Foto:FB Borneo Tribal Village

image is not available
Kredit Foto:FB Borneo Tribal Village

Berdekatan dengan tempat-tempat menarik

Ciri utama yang membuatkan Borneo Tribal Village ini menarik adalah lokasinya yang juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Sarawak seperti Wind dan Fairy Cave, Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre dan pantai-pantai di Lundu.

Bagi anda yang ingin menginap di sini, anda mempunyai pelbagai pilihan bilik atau tempat penginapan. Daripada kemudahan chalet yang lengkap dan selesa sehinggalah perkhemahan outdoor yang klasik untuk anda pilih, antaranya :

  • Camping site
  • Motel Room
  • Tribal House
  • Tribal Farm Hut
  • Chalet
  • Bamboo Cabin

image is not available
Kredit Foto:FB Borneo Tribal Village

image is not available
Kredit Foto:FB Borneo Tribal Village

Boleh melakukan lawatan satu hari

Anda juga boleh melakukan lawatan satu hari ke sini dengan bayaran RM7 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak kanak. Anda boleh berinteraksi terus dengan Borneo Tribal Village melalui laman facebook mereka di Borneo Tribal Village.

Kemudahan seperti BBQ pit juga disediakan dan sesuai untuk anda yang ingin bercuti beramai-ramai dengan keluarga atau rakan-rakan. Bagi anda yang mencari tempat percutian tenang yang tidak jauh daripada Bandaraya Kuching, anda boleh melawat Borneo Tribal Village ini. Keindahan flora dan fauna yang di sana boleh membantu anda menenangkan fikiran dan lari sementara daripada kesibukan harian masing-masing.

Jadi tunggu apa lagi, marilah berehat dan menikmati keindahan Sarawak bersama-sama dengan orang yang tersayang di Borneo Tribal Village ini.

Lokasi: Kampung Apar Singai, Bau, Sarawak
No telefon: 082-450 450 / 010-984 1007

Lagi port percutian menarik buat anda di sini: