Tidak Lagi Perlukan Bantuan Oksigen, Amir Raja Lawak Akui Masih Mudah Semput

EntertainmentHealth & Fitness
23 Nov 2026 • 8:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tidak Lagi Perlukan Bantuan Oksigen, Amir Raja Lawak Akui Masih Mudah Semput

Pelawak, Amir Raja Lawak dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan selepas tidak lagi memerlukan bantuan oksigen.

Bagaimanapun, Amir mengakui dirinya masih belum pulih sepenuhnya apabila mengalami kesukaran untuk berjalan dan bercakap dalam tempoh lama kerana keadaan fizikalnya masih lemah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir, 37, berkata dia masih mengalami sesak nafas walaupun hanya berjalan beberapa langkah.

"Alhamdulillah sudah tak pakai oksigen. Cuma tak boleh berjalan atau bercakap banyak lagi ni. Saya cuba berjalan, tapi dua langkah pun semput cari nafas.

"Kat dahi dengan hidung tu kesan pakai mesin BiPAP semasa di ICU. Katanya, saya kena sental dengan Vaseline nanti untuk bagi bersih dan nampak natural balik," katanya.

Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi kini sudah boleh kembali berinteraksi dengan pengikut di media sosial meskipun masih belum mampu membalas semua komen seperti sebelum ini.

"Baiklah dengan ini, kita sekarang sudah boleh mula bergurau atau bahan membahan di media sosial, cuma komen komen saya tak dapat balas semua macam dahulu," katanya.

Sebelum ini, Amir turut berkongsi pengalaman selepas lebih dua minggu terlantar di katil sehingga mengalami kesukaran untuk kembali berdiri dan berjalan.

Menurutnya, dia berasa seperti dicucuk jarum pada bahagian tapak kaki ketika mula berdiri selepas sekian lama tidak memijak lantai.

"Dua minggu lebih duduk atas katil, lama tak berpijak di bumi yang nyata. Ingatkan rasa macam lembik lutut atau kebas kebas bila bangun atau berdiri. Tapi dia rasa mencucuk cucuk tapak kaki macam ada jarum," katanya.

Amir turut memaklumkan bahawa dia menjalani sesi fisioterapi sepanjang tempoh pemulihan, termasuk melakukan latihan menggunakan alat senaman pernafasan bagi membantu memulihkan keupayaan paru parunya.

Baca juga:

Untuk rekod, Amir dimasukkan ke ICU pada 11 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru paru sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas lebih 10 hari menerima rawatan di unit berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved