Samsung akan melancarkan Galaxy Watch setiap dua tahun sekali sahaja selepas ini menurut laporan ETNews. Kekerapan kemas kini setahun sekali tidak lagi diteruskan kerana kerugian yang ditanggung oleh perniagaan peranti mudah alih Samsung disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran.

Jika benar, tahun depan Samsung Galaxy Watch10 tidak akan dilancarkan. Kos pengeluaran yang meningkat tahun ini mendatangkan impak ke atas jualan siri Galaxy Watch9 kerana harganya yang lebih tinggi. Strategi dua tahun sekali ini boleh mengurangkan kerugian kerana tidak melakukan belanja melakukan kajian dan rekaan baharu setiap tahun.
Strategi pengeluaran bukan tahunan telah pun digunakan pada siri Galaxy Tab yang kini dikemas kini setiap 18 bulan. Ia adalah keputusan yang munasabah kerana Galaxy Watch selama ini hanya menerima kemas kini pada spesifikasi setiap dua tahun sekali.






