Tidak Libatkan Pengguna, Lesen Hanya Untuk Penyedia Perkhidmatan Media Sosial

1 Aug 2024 • 5:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuatkuasa pada tahun depan itu tidak membabitkan pengguna platform media sosial berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial.

Lesen media sosial tidak libatkan pengguna

image is not available

Foto: Bernama

Menurut Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan, justeru pengguna media sosial tidak perlu mendapatkan lesen berkenaan.

“Ada pihak-pihak yang menyatakan pandangan yang jauh lari daripada realiti proses sebenar pelesenan. Saya ingin jelaskan ia terpakai kepada pemberi perkhidmatan sahaja, bukan kepada pengguna atau pempengaruh.

“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan terbitkan satu FAQ untuk memberi penjelasan berhubung sistem perlesenan itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis.

image is not available

Gambar hiasan

Semenatara itu, Fahmi turut berkata dalam tempoh 1 Ogos sehingga 31 Disember ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh.

Ini termasuk wakil platform media sosial dan sistem pesanan internet untuk mengenal pasti code of conduct dan tindakan akibat gagal memiliki lesen atau ingkar arahan.

Sumber: Bernama