Fahmi Fadzil : Lesen Media Sosial Tidak Melibatkan Pengguna, Hanya Platform

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 5:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM hari ini telah menerbitkan butiran berkenaan dengan Kerangka Kawal Selia untuk Media Sosial yang akan memerlukan platform media sosial dengan lebih 8 juta pengguna untuk mendaftar dan mendapatkan lesen di Malaysia sebelum beroperasi.

Menyentuh mengenainya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan yang mana perlesenan dan kerangka kawal selia berkenaan adalah untuk platform media sosial dan tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.

image is not available

Pengguna tidak perlu mendapatkan sebarang lesen untuk menggunakan platform-platform berkenaan. Perkara ini dijelaskan kerana masih terdapat beberapa pengguna yang keliru dan beranggapan pengguna individu perlu mendapatkan lesen untuk menggunakan media sosial.

Selari dengan pengenalan butiran untuk Kerangka Kawal Selia untuk Media Sosial ini, SKMM akan turut mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk wakil platform media sosial untuk membincangkan pelbagai perkara, termasuk tindakan akibat kegagalan memiliki lesen.