Tidak Mendapat Sambutan, Syafiq Yusof Akur Banyak Tayangan Filem Sheriff Di Indonesia Telah Diturunkan Secara Drastik

Entertainment
1 Jun 2024 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, filem tempatan terbaru Sheriff: Narko Integriti mula ditayangkan di pawagam negara seberang, Indonesia.

image is not available

Namun, semalam, pengarah filem tersebut, Syafiq Yusoff berkongsi di X bahawa banyak tayangn filem arahannya itu di Indonesia telah diturunkan secara drastik kerana filem Sheriff itu tidak mendapat sambutan di negara itu.

Syafiq Yusof berkongsi tentang perkara itu setelah ada warga Indonesia di platform X mengatakan waktu tayangan filem berkenaan hilang dari jadual tayangan pawagam sebuah pusat beli belah di negara itu secara tiba-tiba.

Syafiq bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada pihak CGV Cinemas di sana kerana telah membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana.

image is not available

Rata-rata netizen pula berpendapat mungkin orang Indonesia kurang berminat dengan filem yang bergenre aksi kerana berdasarkan pemerhatian ramai, filem-filem Indonesia yang popular juga banyak yang bergenre filem romantik dan filem seram.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga warga Indonesia sendiri yang mengatakan mereka bukan tidak gemar filem aksi namun kebanyakan mereka lebih cenderung menonton filem aksi Hollywood sahaja.

Ini kerana filem aksi Indonesia sendiri juga tidak mendapat sambutan setanding dengan filem seram mereka seperti Pengabdi Setan dan sebagainya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.