Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Sebuah Lagi Restoran Di Metrocity Diarah Tutup

17 Jan 2023 • 9:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Diarah tutup selama 14 hari

Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Sebuah Lagi Restoran Di Metrocity Diarah Tutup. Sebuah lagi restoran di Metrocity, di sini ditutup selama 14 hari oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching.

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKB Kuching berkata, restoran tersebut ditutup mulai 17 Januari jam 3.30 petang sehingga 31 Januari.

image is not available
Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Sebuah Lagi Restoran Di Metrocity Diarah Tutup. Kredit: Sarawakvoice

“PKB Kuching turut mengeluarkan dua notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKB terima aduan daripada orang awam

Katanya, ia susulan aduan daripada aduan orang awam yang menemui lipas pada premis tersebut.
“Penutupan tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

image is not available

Beliau berkata, notis pertama dikeluarkan di bawah Peraturan 11.1(B) iaitu tuan punya premis menggaji pengendali makanan tidak menjalani latihan pengendali makanan dan tiada suntikan vaksinasi Tifoid.

Sementara katanya, satu lagi notis dikeluarkan di bawah Peraturan 32.1(b) iaitu pengendali makanan tidak memakai penutup kepala semasa mengendali makanan.

Baca lagi artikel terkini: