[VIDEO] Netizen Kagum Tengok Aksi Gadis Berhijab Ini Menari Tarian Singa

Entertainment
16 Jan 2023 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dengan semangat Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, mesti mall dan kawasan perumahan akan dimeriahkan tarian singa kan?

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis yang dilhat lengkap bertudung sedang melakukan persembahan tarian singa di sebuah majlis.

Daripada video tersebut, dapat dilihat gadis tersebut telah diberikan tanggungjawab untuk berada di posisi hadapan atau lebih dikenali sebagai ‘kepala singa’.

Memupuk semangat perpaduan antara kaum

Mesti ramai yang tahu bahawa tugas menjadi ‘kepala singa’ boleh dikatakan lebih sukar kerana individu terbabit harus mengawal pergerakan kaki sambil mengemudi bahagian kepala singa tersebut mengikut rentak.

Video berdurasi 9 minit itu telah dimuat naik oleh @ahpeng2830 dan telah mendapat sebanyak 2.1 juta tontonan dalam masa dua hari serta meraih lebih 108K tanda suka di platform laman sosial TikTok.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah ketangkasan gadis tersebut mengawal langkah tarian singa itu dengan sempurna walaupun dia bukan berbangsa Cina.

image is not available

Malahan, persembahan tarian itu telah mendapat sorakan yang meriah daripada para penonton yang berada di tempat kejadian lagi-lagi apabila dia ‘melepaskan’ kostum singa yang dipakai.

“Terharu pula tengok gadis bertudung lioness dance” – Netizen

Disebabkan perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi, rata-rata warganet memuji tindakan gadis berkenaan kerana tidak kekok untuk melakukan tarian singa bersama rakan-rakan berbangsa Cina yang lain.

Ada juga segelintir netizen yang mengatakan penglibatan dirinya sebagai penari tarian singa itu secara tidak langusng telah memupuk semangat perpaduan di Malaysia walaupun berlainan kaum.

image is not available

image is not available

Memang tak kekok dia buat tarian singa tu! Tahniah kak!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.