Tidak Patuh Undang-undang, Rusia Ancam Sekat Aplikasi WhatsApp

WorldTechnology
30 Nov 2025 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Badan penyelia telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor, memberi amaran bahawa aplikasi WhatsApp berdepan risiko disekat sepenuhnya di negara itu jika gagal mematuhi syarat undang-undang tempatan.

Ancaman itu dibuat susulan tindakan terdahulu yang telah mengehadkan beberapa fungsi aplikasi berkenaan.

image is not available
Roskomnadzor

Roskomnadzor menegaskan bahawa WhatsApp mesti memenuhi peraturan keselamatan data dan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti jenayah.

Sebelum ini, pihak berkuasa Rusia mendakwa aplikasi itu sering digunakan untuk kegiatan pemerasan, penipuan serta usaha melibatkan warga tempatan dalam sabotaj.

Sebelum ini juga, panggilan suara melalui WhatsApp dan Telegram telah dihadkan sejak beberapa bulan lalu, manakala aplikasi Signal serta Viber pula disekat sepenuhnya pada 2024.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Rusia mengawal penggunaan aplikasi luar yang dianggap berisiko terhadap keselamatan negara.

image is not available
Gambar Hiasan

Sebagai alternatif, kerajaan Rusia menggalakkan penggunaan aplikasi mesej buatan tempatan dikenali sebagai Max.

Namun, langkah itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengkritik yang berpendapat aplikasi tersebut memberi akses lebih luas kepada kerajaan untuk memantau data peribadi pengguna.

Pada Julai lalu, parlimen Rusia turut meluluskan peraturan baharu yang menetapkan individu boleh dikenakan denda sehingga 5,000 rouble (bersamaan kira-kira RM 310) jika mencari maklumat yang diklasifikasikan sebagai “ekstremis” oleh pihak berkuasa, sekali gus memperketat kawalan terhadap aktiviti digital rakyatnya.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.