'Tidak perlu lagi mengata, hina pihak lawan yang kalah' - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 12:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tidak perlu lagi mengata, hina pihak lawan yang kalah' - Asyraf Wajdi
"Usah ulangi kesilapan lampau, jauhi kesombongan, kini fokus laksana amanah, mandat rakyat dengan ikhlas dan tawaduk,"

SHAH ALAM - Penyokong serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengulangi budaya mencerca atau menghina pihak lawan politik yang tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan yang diperoleh tidak seharusnya diraikan dengan sikap angkuh meskipun berdepan pelbagai fitnah dan tohmahan sepanjang berkempen.

Menurut beliau, mandat yang diberikan perlu diterjemahkan melalui pentadbiran yang ikhlas dan penuh sifat tawaduk demi kepentingan rakyat.

"Tidak perlu lagi mengata apatah lagi menghina pihak lawan yang kalah walaupun perit difitnah dan ditohmah ketika kempen.

"Usah ulangi kesilapan lampau, jauhi kesombongan, kini fokus laksana amanah, mandat rakyat dengan ikhlas dan tawaduk," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi PRN menyaksikan BN memenangi 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) sebanyak tujuh kerusi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan, kerajaan negeri baharu akan dibentuk hasil sokongan majoriti 25 daripada 36 kerusi DUN yang diperoleh gabungan BN dan PN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved