Asyraf Wajdi minta henti hina lawan, jangan ulang kesilapan lampau -“Jauhi kesombongan”

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan penyokong serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menghina atau memperlekehkan parti lawan yang tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Fokus laksana amanah

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata sikap sedemikian tidak sepatutnya diamalkan walaupun UMNO dan BN sebelum ini berdepan pelbagai tohmahan serta fitnah sepanjang tempoh berkempen.

“Usah ulangi kesilapan lampau, jauhi kesombongan, kini fokus laksana amanah, mandat rakyat dengan ikhlas dan tawaduk,” ujarnya.

 Kemengangan bukti kesepakatan

Menurut Asyraf, kemenangan BN bersama Perikatan Nasional (PN) membuktikan bahawa kesepakatan antara dua parti terbesar orang Melayu mampu melahirkan sebuah kekuatan yang mengutamakan kepentingan rakyat serta membawa kestabilan politik.

Beliau turut menegaskan kemenangan yang diraih bukanlah hasil kekuatan atau kebijaksanaan semata-mata, sebaliknya berlaku dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.

“Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah kerana kekuatan, kebijaksanaan atau usaha kita semata-mata, tetapi semuanya berlaku dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.
“Alhamdulillah, di Negeri Sembilan ini segala perbezaan berjaya dirapatkan demi satu tekad sama iaitu mengembalikan kestabilan politik, memacu kemajuan negeri dan mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.

Image from: Asyraf Wajdi minta henti hina lawan, jangan ulang kesilapan lampau -“Jauhi kesombongan”

Dalam masa sama, beliau menyifatkan kemenangan itu bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar untuk dipikul demi rakyat Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada BN dan PN. Insya-Allah, amanah ini akan kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab melalui sebuah pentadbiran stabil, bersih, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.

Image from: Asyraf Wajdi minta henti hina lawan, jangan ulang kesilapan lampau -“Jauhi kesombongan”

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan BN memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak tujuh kerusi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan kerajaan negeri baharu akan dibentuk hasil sokongan majoriti 25 daripada 36 kerusi DUN yang dimenangi gabungan BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved