“Tidak Perlulah Kaitkan Dengan Kisah Lampau, Saya Dengan Mawi Okay Saja Tiada Masalah” – Ina Naim

EntertainmentLifestyle
8 Sep 2025 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Teruk dihentam susulan didakwa biadab kerana terlalu defensif apabila juri memberi komen terhadap anak dalam Talk To My Manager (TTMM), Ina Naim akui tidak mengambil hati dengan komen-komen warganet.

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim berkata dia memandang tohmahan yang dilemparkan oleh netizen sebagai cara perbaiki diri menjadi lebih baik.

Saya hanya ambil positif sahaja sebab memang salah sendiri. Dalam masa sama, mereka juga membantu saya supaya sentiasa beringat kepada Allah.

Dalam pada masa yang sama, Ina juga berharap agar orang ramai berhenti mengungkit kisah silam dan tidak lagi mengaitkan dirinya bersama bekas tunang, Mawi AF3.

Tidak perlulah nak kaitkan dengan kisah lampau. Saya dengan Mawi okay sahaja tiada masalah.

image is not available 2025-09-03 14:21:53

"Mak Siapa Yang Nak Orang Bagi Kata-Kata Pedas Pada Anak Dia? Cukup-Cukuplah Komen Negatif.." - Anak Ina Naim