“Tidak pernah membenci, hanya menegur”- Ustazah Asma’ Harun

LocalEntertainment
11 Jan 2026 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial video pertemuan usahawan popular, Kak KM yang terserempak dengan Ustazah Asma’ Harun susulan usahawan itu pernah mengkritik para ustazah.

Apa yang menarik perhatian ialah ketika pertemuan kedua-dua mereka itu, Ustazah Asma’ Harun sempat menitipkan doa yang sangat mendalam sehingga Kak KM dilihat tersentuh dan sebak.

image is not available

Terkini, Ustazah Asma’ Harun menerusi Facebook beliau telah memberi respon beliau terhadap video Kak KM dan teguran kasih sayang buat selebriti wanita.

Menurut Ustazah Asma’, beliau bertemu dengan Kak KM ketika mereka berdua berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kawasan imigresen.

Kami sekeluarga tiba daripada Tanah Suci. Ketika di imigresen saya yang nampak Kak KM dan terus pergi menegur, bersalaman, dan beliau langsung merakam pertemuan kami,” kongsinya.

Artikel Berkaitan: Tular Pernah Kecam Para Ustazah, Netizen Sejuk Hati Lihat Kak KM Jumpa Ustazah Asma’ Harun Siap Cium Lagi

Artikel berkaitan: “Ustazah apa pun, jangan percaya” –  Kak KM Kritik Para Ustazah Undang Kecaman

Untuk anda yang sering menonton kuliah dalam talian oleh Ustazah Asma’, sudah tentunya sedia maklum bahawa pendakwah ini sering menegur Kak KM serta keluarganya secara terbuka.

Namun, ketika pertemuan mereka berdua di KLIA beberapa hari lalu, ia boleh diibaratkan seperti isu antara mereka kerana masing-masing saling menghormati.

image is not available

Menurut Ustazah Asma’, semasa berdakwah, beliau tidak mahu ada unsur permusuhan.

Perlakuan kami semalam bukan kepura-puraan atau lakonan, itu adalah saling hormat dan kasih mesra,” jelas Ustazah Asma’ mengenai interaksi mereka dalam video perkongsian Kak KM itu.

Tambah beliau lagi, beliau menegur kerana ia lahir dari rasa tanggungjawab dan kasih sayang, bukannya kebencian.

Sumber: Harian Metro, Facebook Ustazah Asma’ Harun

Sumber: Facebook Ustazah Asma' Harun

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.