Tidak puas hati penyelengaraan longkang dibuat sambil lewa

23 May 2025 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sidney Skinner

SEORANG pembayar cukai di Penampang tidak berpuas hati terhadap penyelenggaraan sambil lewa ke atas kawasan awam di sekitar Taman Landmark Fasa 1.

Menurutnya, longkang di hadapan rumahnya sering diabaikan setiap kali kerja-kerja pembersihan dilakukan. Bahagian antara lot rumahnya dan jiran sebelah sudah terlalu lama tidak dibersihkan hingga sebatang pokok kecil mula tumbuh di dalamnya.

Pemilik rumah itu berkata dia sudah beberapa kali menghubungi Majlis Perbandaran sejak tahun lalu apabila masalah ini mula timbul. Setiap kali membuat aduan, katanya, kakitangan agensi itu akan memberi jaminan bahawa isu terbabit akan ditangani pada pusingan pembersihan seterusnya, tetapi ia tidak pernah berlaku.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Penduduk itu turut tidak berpuas hati dengan usaha majlis dalam menjaga kawasan hijau di rizab longkang di belakang jalan perumahannya.

Katanya, pekerja majlis datang dan pergi terlalu cepat sehingga hanya beberapa sentimeter rumput di bahagian atas sahaja yang dipotong. Lebih memburukkan keadaan, keladi liar dan semak samun lain dibiarkan begitu sahaja, menjadikan kawasan itu kelihatan tidak terurus.

Dia sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada agensi berkenaan, namun sekali lagi, tiada tindakan diambil untuk memperbaiki perkhidmatan ini.

Penduduk itu memberikan maklumat berhubung isu ini kepada Hotline, yang kemudiannya dikemukakan jepada pihak agensi.

Jurucakap Majlis berkata pemeriksaan awal telah dijalankan di Lorong Landmark 2, tidak lama selepas pihak media menghubungi mereka.

“Kakitangan kami mendapati terdapat pokok tumbuh dalam longkang di hadapan rumah. Akibatnya, aliran air hujan tidak lancar dan menjadi bertakung,” katanya.

Menurutnya, kawasan berumput di bahu longkang di bahagian belakang juga didapati juga tumbuh tinggi.

Katanya, pekerja dari Bahagian Perkhidmatan Bandar agensi itu kemudian kembali ke kawasan terbabit untuk membuang pokok dari longkang.

“Kakitangan kami turut menggunakan cangkul untuk mengorek mendapan dari dasar longkang. Semua ini dilakukan atas dasar timbang rasa kerana penyelenggaraan longkang hadapan rumah di sekitar kawasan majlis tidak termasuk dalam bidang kuasa kami.”

Katanya, syarikat konsesi kerajaan yang bertanggungjawab untuk tugasan ini,

“Kami menggesa syarikat itu agar menggandakan usaha penyelenggaraan terhadap struktur-struktur ini.”

Bagi longkang belakang rumah di kawasan kediaman di Penampang pula, penyelenggaraan dilakukan dua kali sebulan secara bergilir oleh Majlis, katanya.

“Kami tidak mempunyai tenaga kerja mencukupi untuk memastikan jadual ini sentiasa dipatuhi. Memandangkan keluasan kawasan pentadbiran kami, kru enam orang yang ditugaskan membersihkan longkang tidak mampu berada di semua tempat pada masa yang sama.”

Berhubung rizab longkang di belakang Lorong Landmark 2, katanya kontraktor Majlis sudah memotong rumput dan semak samun di kawasan itu.

“Individu itu dilantik untuk mengendalikan perkhidmatan pemotongan rumput bagi pihak kami.

“Berdasarkan maklum balas daripada pembayar cukai, kami menggesanya agar lebih peka terhadap hasil kerja pekerjanya. Ini akan membantu memastikan kawasan awam sentiasa dalam keadaan terurus dan memuaskan.”