[TIDAK RASMI] Alwiyah pertahan DUN Endau tiga penggal berturut-turut

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] Alwiyah pertahan DUN Endau tiga penggal berturut-turut
Alwiyah

ISKANDAR PUTERI - Penyandang kerusi, Alwiyah Talib menang mudah di kerusi DUN Endau selepas beliau menewaskan tiga lawannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

​Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Alwiyah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) menewaslan calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam, calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Jati awang dan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussin.

Kemenangan ini mencuri tumpuan selepas Alwiyah, yang sebelum ini memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan menyertai UMNO.

Kehadiran Alwiyah juga yang dipilih menjadi calon bagi BN mendapat perhatian kerana tidak sampai sebulan meninggalkan Bersatu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved