PRN Johor: Ahmad Zahid harap kemenangan besar BN cetus gelombang biru

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Ahmad Zahid harap kemenangan besar BN cetus gelombang biru
Ahmad Zahid (kiri) mengangkat tangan bersama calon juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) ketika sidang media keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan Umno Negeri Johor. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diharap menjadi pemangkin kepada kebangkitan gabungan itu di negeri-negeri lain menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan yang menyaksikan gabungan itu melepasi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor diharap dapat mencetuskan 'gelombang biru' yang akan merebak ke negeri lain khususnya Negeri Sembilan.

"Mudah-mudahan kejayaan ini juga akan mencetuskan gelombang biru untuk negeri-negeri lain.

"Insya-ALLAH kita akan menghadapi PRN di Negeri Sembilan dalam masa terdekat dan selepas itu ke Melaka serta Pilihan Raya Umum ke-16," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Johor di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan keputusan awal tidak rasmi, BN bukan sahaja memperoleh majoriti mudah yang diperlukan untuk terus mentadbir Johor, malah berjaya melepasi angka 40 kerusi DUN.

Untuk rekod, majoriti mudah sebanyak 29 kerusi diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri manakala majoriti dua pertiga memerlukan sekurang-kurangnya 39 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Pada PRN Johor 2022, BN mencatat kemenangan besar apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) satu kerusi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved