SHAH ALAM - Calon tunggal Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan gagal mengikut rentak kemenangan calon Pas apabila tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.
Calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Kumar yang mewakili DHPP itu memperoleh 1,989 undi, sekali gus gagal menyaingi penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Chew Seh Yong yang meraih kemenangan besar dengan 13,014 undi.
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Chew mempertahankan kerusi tradisi DAP tersebut dengan majoriti 11,025 undi dalam pertandingan satu lawan satu.
DUN Lobak merupakan satu-satunya kerusi yang menyaksikan DHPP mewakili PN pada PRN kali ini.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook melahirkan rasa syukur atas prestasi parti itu apabila memenangi empat daripada lima kerusi yang ditandingi.
"Alhamdulillah. Calon Pas menang empat daripada lima kerusi iaitu Serting, Paroi, Ampangan dan Bagan Pinang. Kalah di Lobak calon DHPP," katanya.
Keputusan itu menyaksikan hanya calon DHPP gagal mencatat kemenangan, berbeza dengan prestasi calon Pas yang memenangi empat kerusi daripada kerusi ditandingi pada PRN Negeri Sembilan kali ini.





![[TIDAK RASMI] Calon paling tua, muda kalah kerusi ditandingi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602583.webp)
![[Rasmi] PRN N9: BN-PN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/BN-PN-menang-majoriti-dua-pertiga-kerusi-di-prn-negeri-sembilan-1.jpg?t=1785600983)