[Tidak Rasmi] PRN Melaka: BN-PN Kuasai Kerusi DUN Dengan Majoriti Dua Pertiga, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

[Tidak Rasmi] PRN Melaka: BN-PN Kuasai Kerusi DUN Dengan Majoriti Dua Pertiga, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (BN-PN) secara tidak rasmi telah berjaya memperoleh majoriti dua pertiga kerusi dalam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari ini (14 November).

BN-PN Kuasai 24 Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN telah memenangi 21 kerusi daripada 23 kerusi yang dipertandingkan dan PN pula 3 kerusi daripada 7 kerusi yang dipertandingkan.

Keadaan ini sekaligus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan dan menerajui pentadbiran negeri Melaka.

“Yang telah memperoleh majoriti kukuh secara tidak rasmi sebanyak 24 kerusi DUN.

“Dengan ini, insya-Allah, BN dan PN akan membentuk kerajaan negeri Melaka.

“Bagi pihak seluruh kepimpinan BN dan PN, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Melaka,” katanya yang dipetik dari Astro Awani.

Ab Rauf Kekal Sebagai Ketua Menteri Melaka

Tambah Ahmad Zahid lagi, BN-PN telah mencalonkan penyandang DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk meneruskan khidmat sebagai Ketua Menteri Melaka susulan kemenangan besar gabungan itu.

Jelas beliau, watikah pencalonan berkenaan akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada malam ini.

“Dengan ini, BN dan PN mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

“Watikah berkenaan akan saya utuskan malam ini kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka,” katanya.

Keputusan PRN Melaka Bukti Rakyat Yakin Dengan Rekod Kestabilan & Hala Tuju Yang Ditawarkan BN-PN

Pada masa sama, Ahmad Zahid berpendapat, keputusan PRN Melaka itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap rekod pencapaian, kestabilan dan hala tuju pembangunan yang ditawarkan oleh BN-PN berbanding retorik politik yang dimainkan ketika kempen.

Tambah beliau lagi, kemenangan itu juga bukan alasan buat BN dan PN untuk bermegah, sebaliknya ia diterima dengan penuh kesyukuran, rendah hati dan keinsafan.

Baca Artikel Berkaitan:

Melaka Memilih! Semak Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved