PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PH 4 dan PN 3 - Pengerusi SPR

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 12:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PH 4 dan PN 3 - Pengerusi SPR
Ramlan pada sidang media mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Menara Persekutuan, pada Sabtu. Foto: Bernama

MELAKA - Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menurut keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.

"Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos," katanya ketika mengumumkan keputusan rasmi PRN Melaka ke-16 di Menara Persekutuan Melaka, di sini malam ini.

Keputusan itu menyaksikan gabungan BN-PN memperoleh 24 kerusi, melepasi jumlah 19 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Sementara itu, Ramlan merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak berkuasa tempatan, media dan sukarelawan atas kerjasama serta bantuan sepanjang berlangsungnya PRN berkenaan.

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved