[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Mukhlis Mubin jauh ketinggalan di DUN Kuala Linggi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 8:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Mukhlis Mubin jauh ketinggalan di DUN Kuala Linggi

PETALING JAYA – Calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 daripada Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin jauh ketinggalan dalam saingan tidak rasmi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Kuala Linggi malam ini.

Berdasarkan paparan keputusan tidak rasmi laman sesawang myundi.com.my setakat pukul 8.15 malam, graduan undang-undang berusia 24 tahun yang mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) itu hanya memperoleh sebanyak 2,692 undi.

Beliau ketinggalan jauh di belakang penyandang kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Li yang selesa mendahului dengan meraih 6,971 undi.

Sementara itu, seorang lagi pencabar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama), Dr. Farhana Hamzah sekadar memperoleh sebanyak 393 undi daripada keseluruhan 10,056 jumlah undi yang dikira setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved