PRN Melaka: Tewas di Kuala Linggi, Mukhlis Mubin hargai sokongan pengundi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 11:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Tewas di Kuala Linggi, Mukhlis Mubin hargai sokongan pengundi
Mukhlis menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan pengundi sepanjang PRN Melaka ke-16.

MELAKA - Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan pengundi sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, setiap undi, doa, teguran dan sokongan yang diterimanya sepanjang tempoh berkempen amat bermakna.

Beliau turut menyifatkan pengalaman serta pertemuan dengan masyarakat sepanjang perjalanan kempen sebagai kenangan berharga.

“Perjuangan untuk Kuala Linggi tidak terhenti di sini. Saya akan terus memperjuangkan kepentingan masyarakat dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

“Terima kasih, Kuala Linggi. Melaka Rumah Kita!” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sementara itu, keputusan PRN Melaka bagi DUN Kuala Linggi yang dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Rosli Abdullah daripada Barisan Nasional (BN-UMNO) mengekalkan kemenangan dengan majoriti 4,883 undi.

Rosli memperoleh 7,760 undi, manakala Mukhlis mendapat 2,877 undi dan calon Bersama, Dr Nur Farhana Hamzah memperoleh 439 undi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved