Tidak Sampai 24 Jam Ditutup, TikTok Kembali Beroperasi Di AS

WorldTechnology
20 Jan 2025 • 11:59 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tidak sampai 24 jam ditutup, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan beliau akan menghidupkan semula aplikasi tersebut pada Ahad.

Trump umum TikTok kembali beroperasi

image is not available

Foto: CNN

“Terus terang, kita tiada pilihan lain, kita perlu menyelamatkannya,” kata Trump semasa perhimpunan pada hari Ahad menjelang pelantikannya.

Menurut laporan Reuters, Trump berkata bahawa AS akan mencari usaha sama untuk memulihkan aplikasi perkongsian video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.

image is not available

Foto: TheSun

TikTok telah berhenti beroperasi untuk pengguna AS pada lewat hari Sabtu sebelum undang-undang menutupnya atas alasan keselamatan negara.

Trump berkata beliau akan melanjutkan tempoh sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa, supaya boleh membuat perjanjian untuk melindungi keselamatan negara.

“Saya mahu Amerika Syarikat memiliki kedudukan pemilikan 50% dalam usaha sama,” tulis beliau di Truth Social.

Tidak semua dalam Parti Republikan Trump bersetuju dengan usaha untuk mengelakkan undang-undang dan “Menyelamatkan TikTok”.

Senator Republikan Tom Cotton dan Pete Ricketts berkata dalam kenyataan bersama bahawa tidak ada asas undang-undang untuk sebarang lanjutan tarikh berkuat kuasa setelah undang-undang dilaksanakan.

TikTok CEO Shou Zi Chew merancang untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden AS dan menghadiri perhimpunan bersama Trump pada hari Ahad, menurut sumber Reuters.

Carian web untuk “VPN” melonjak beberapa minit selepas pengguna AS kehilangan akses kepada TikTok, menurut Google Trends.

ByteDance yang dimiliki secara persendirian dimiliki kira-kira 60% oleh pelabur institusi seperti BlackRock dan General Atlantic, manakala pengasas dan pekerjanya masing-masing memiliki 20%.

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved