“Tidur Gabisa! Bising!” – Wanita Indonesia Serik Bersalin Di Hospital Kerajaan, Bagi ‘Rate’ 2/100 Je

29 May 2024 • 3:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hospital kerajaan

Seorang wanita berasal dari Indonesia dikecam netizen selepas berkongsi pengalaman buruk bersalin di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkongsian tersebut, dia hanya memberikan rating 2/100 dan kosong markah untuk layanan kakitangan hospital kepadanya.

Difahamkan, empunya diri memuat naik perkongsian itu di TikTok namun hasil semakan mendapati akaun tersebut telah ‘hilang’.

Perkongsian kemudian dimuat naik semula oleh seorang pengguna aplikasi X yang dipercayai bertugas di hospital itu.

image is not available

image is not available

Sebagai kakitangan hospital, dia menafikan dakwaan yang dibuat wanita terbabit. Katanya, wad obstetrik dan ginekologi (O&G) semuanya dilengkapi dengan penghawa dingin seperti wad kelas pertama tetapi bercampur.

Mengenai dakwaan bising pula, ianya hanya terjadi di waktu-waktu tertentu. Pada waktu malam (waktu tidur) wad kebiasaannya senyap je.

image is not available

Lebih menyedihkan apabila wanita warga asing ini mendakwa dia perlu berjalan seorang diri ke tandas selepas 6 jam bersalin secara pembedahan caesarean.

image is not available

Dakwanya lagi, dia bagai nak gila selama 4 hari ditahan di wad. Dia dan bayi juga dikatakan tidak mandi dalam tempoh itu.

image is not available

Namun, kakitangan hospital menegaskan dia melihat sendiri jururawat menolak bayi untuk dimandikan pada setiap pagi.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.