

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.
Statistik membimbangkan ini dikongsikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Siti Zaharah Ishak, yang menyifatkan pemandu sering terdedah kepada risiko ini tanpa mereka sedari.
Menurut Siti Zaharah, microsleep berlaku apabila seseorang hilang kesedaran secara tiba-tiba dalam tempoh yang sangat singkat. Apa yang menakutkan, pemandu mungkin kelihatan seperti masih celik, namun hakikatnya otak mereka sudah "tertidur" antara dua hingga 10 saat.
Keadaan ini lazimnya dipengaruhi oleh jam biologi badan, terutamanya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jarak jauh, tempoh pemanduan yang lama, serta perubahan rutin harian yang drastik.
Musim perayaan menyaksikan lonjakan trafik yang luar biasa. Berdasarkan unjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lebih dua juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya utama pada waktu puncak.

Kesesakan yang melampau ditambah dengan keletihan fizikal menjadikan pemandu lebih terdedah kepada microsleep. Contoh paling tragis berlaku pada 10 Februari lalu di Melaka, di mana seorang penunggang motosikal maut selepas sebuah kereta yang dipandu individu berusia 35 tahun, dipercayai mengalami microsleep, merempuh kenderaan di laluan bertentangan.
Jangan abaikan isyarat badan anda. Siti Zaharah menjelaskan antara tanda-tanda awal anda mula ‘dipukau’ rasa mengantuk adalah:
Badan mula membuat pergerakan rawak yang tidak perlu/tersengguk-sengguk.Kelajuan kenderaan menjadi tidak konsisten (kejap laju, kejap perlahan).Apakah Tip Paling Berkesan Untuk Menyelamatkan Nyawa Diri & Orang Lain Dalam Isu Microsleep?
Gambar hiasanKualiti tidur adalah kunci utama. Secara purata, manusia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur untuk berasa segar sepenuhnya. Selain itu, pemandu dinasihatkan untuk:
Rancang Perjalanan: Pastikan ada waktu rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.Berhenti Di R&R: Jika mula rasa mengantuk, jangan paksa diri. Berhentilah sebentar di kawasan rehat untuk melelapkan mata (power nap).Buka Tingkap: Buka tingkap kereta sekali-sekala untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin.Guna Isyarat: Jika terperangkap dalam kesesakan, gunakan lampu hadapan atau hon sebagai isyarat amaran kepada pemandu lain yang mungkin kelihatan tidak stabil.



