Tiga anak mangsa maut di Sri Aman dapat sokongan psikososial JKM

LocalFamily & Parenting
15 Jan 2026 • 3:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JKM sediakan sokongan psikososial kepada tiga anak pasangan maut di Sri Aman, selain meneliti bantuan lain termasuk dana tabung

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya juga akan meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM.

“Mereka masih bersekolah dan pegawai kita telah mengambil maklumat berkaitan mereka,” katanya.

Beliau difahamkan mereka kini dijaga oleh keluarga terdekat.

“Saya harap mereka dapat mengikut peraturan dengan memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak ini,” tambah Nancy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Kampung Buntal di sini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang guru besar di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun.

Pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu ditemui dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.

Polis dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada 6.55 pagi.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.