Tiga anak Tun Daim berada di luar negara - KP Imigresen

LocalPolitics
28 Feb 2026 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin untuk bantu siasatan. Gambar kecil: Zakaria

SHAH ALAM - Tiga daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan rekod, ketiga-tiga mereka dikesan keluar dari Malaysia pada hujung Januari dan awal bulan ini.

"Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar dari Malaysia kecuali seorang yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara.

"Lokasi keberadaan mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan dijalankan oleh SPRM,“ katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan.

Pada Jumaat, dalam satu kenyataan SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak Daim bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Mereka ialah Asnida yang mempunyai alamat terakhir di No 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang serta Md Wira Dani dengan alamat terakhir di No 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Dua lagi individu ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin yang mempunyai alamat terakhir di mempunyai alamat terakhir di No 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved