Tiga Anggota Polis Trafik ‘Minta RM100’ Daripada Pelancong UK Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

1 Feb 2024 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari lalu, tular video memaparkan anggota polis trafik memberi dua orang pelancong daripada United Kingdom (UK) pilihan sama ada mahu membayar ‘saman’ kepadanya RM100 atau membayar saman di balai polis sebanyak RM300.

Mahkamah Majistret tolak permohonan sambung reman

Hari ini, Mahkamah Majistret telah pun membuat keputusan untuk menolak permohonan sambung reman terhadap tiga anggota polis yang telah ditahan atas kesalahan meminta RM100 kepada pelancong UK jika mahu selesaikan kesalahan trafik.

Ketiga-tiga anggota polis terlibat yang direman tiga hari bermula Selasa lalu dan berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Tiada mangsa tampil, isu teknikal lain

Difahamkan daripada penjelasan Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail iaitu peguam buat ketiga-tiga anggota polis itu berkata anak guamnya dibebaskan atas alasan tiada mangsa yang tampil serta beberapa isu teknikal lain.

Dalam pada masa yang sama, ketiga pihak Berita Harian menghubungi Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri untuk ulas lebih lanjut mengenai hal ini, beliau berkata ketiga-tiga suspek dibebaskan atas jaminan polis namun siasatan masih tetap diteruskan.

image is not available 4 days ago

(VIDEO) "Memalukan Malaysia" - Anggota Polis Trafik 'Minta RM100' Dalam Klip Video Tular Disiasat