Dua wanita Indonesia direman beri rasuah RM100 pada polis

1 Feb 2024 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan

SEREMBAN - Dua wanita warga Indonesia direman tujuh hari kerana disyaki menawarkan dan memberikan rasuah RM100 kepada anggota polis.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 dan 44 tahun dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Reman terhadap suspek bermula 1 Februari hingga 7 Februari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu ditahan pada Rabu kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kedua-dua suspek menawarkan dan memberikan rasuah RM100 kepada anggota polis di Balai Polis Seremban 2 bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved