Tiga Beradik Jaga Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang Ketika Di Hospital Undang Perhatian Ramai [Video]

Family & Parenting
21 Aug 2023 • 12:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ibu merupakan insan yang paling istimewa dan sentiasa mempunyai tempat tersendiri dalam hati seorang anak.

Oleh itu, sebagai seorang anak pasti kita ingin menjaga mereka apabila sudah besar selain cuba untuk menjadi yang terbaik buat mereka.

Tiga beradik sering kunjungi ibu dan jaga dengan penuh kasih sayang undang perhatian

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh tiga beradik di sebuah hospital ini apabila mereka cuba menjaga ibu yang sakit dengan penuh kasih sayang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Lynnzz, dia suka melihat tiga beradik lelaki yang sentiasa hadir mengujungi ibu mereka setiap kali tiba waktu melawat pada tengah hari dan petang.

Malah setiap kali mereka datang melawat masing-masing akan menjalankan peranan mereka seperti memberi susu menerusi tiub, membelai si ibu dengan penuh kasih sayang, menukar lampin dan baju tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sentiasa beri sokongan kepada ibu untuk sembuh

Malah mereka juga turut dilihat sentiasa memberikan sokongan moral kepada si ibu yang sedang sakit.

“Tak pernah lepas pegang tangan bagi sokongan. Lap-lap badan untuk bersihkan mak, tukar pampers dan baju tanpa bantuan kami (nurse).

“Bila dah habis waktu melawat airmata anak-anak mengalir nak tinggal mak mereka. Ya Allah, sejuk tengok anak-anak macam ni,” katanya.

Ujar Lynnzz lagi ketika wanita itu keluar dari hospital tiga beradik itu turut datang bersama-sama.

Dia turut mendoakan agar Allah SWT akan mempermudahkan urusan harian mereka dan agar makcik itu diberikan kesembuhan.

Anak tampil jelaskan ibu masuk wad selepas jalani pembedahan buang ketumbuhan di bahagian kepala

Di dalam komen seorang individu memaklumkan makcik tersebut adalah ibunya dan memaklumkan warga emas itu dimasukkan ke wad selepas menjalani pembedah buang ketumbuhan di bahagian kepala.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai tujuh adik-beradik dan tiga beradik yang sentiasa berkunjung ke hospital itu merupakan anak kedua, kelima dan juga keenam.

image is not available

Lynnzz kemudian menyatakan makcik tersebut sangat beruntung dan berjaya mendidik anak-anaknya.

Ramai puji tiga beradik dan jadikan sebagai contoh

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berasa terharu dan memuji tindakan anak-anak kepada makcik tersebut.

Ada juga yang menyatakan tentu makcik tersebut memberi layanan sama semasa membesarkan anak-anak mereka.

“Anak saya empat lelaki, kalau ikutkan perangai anak-anak yang duduk tengah usap mak tu anak nombor dua sebab anak nombor dua saya lebih prihatin dan bertanggungjawab”

image is not available

“Nak anak-anak macam ni sebenarnya berbalik kepada kita sebagai mak ayah, bagaimana kita kasih dia waktu kecil, ketuka tua kita merasai perkara yang sama dari mereka”

image is not available

“Sebenarnya kehidupan ini apa yang kita beri itu yang kita dapat. Mudah sahaja, saya sangat yakin dan pasti ibunya juga memperlakukan anak-anak dengan sangat baik”

image is not available

“Salam, alhamdulillah. Semoga menjadi contoh yang baik kepada saya yang tak tahu bila masa ini tiba”

image is not available