
Dah jadi kebiasaan ibu bapa zaman sekarang namakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang moden dan panjang. Tiada masalah pun nak letak nama apa asalkan nama-nama tersebut mestilah mempunyai maksud yang baik.
Namun, seorang guru di Indonesia pula baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai kerana dia menghadapi kesukaran untuk menyebut nama salah seorang pelajarnya.
Ini kerana pelajar tersebut mempunyai nama yang panjang sehingga boleh menyebabkan lidah sesiapa yang cuba untuk menyebutnya berbelit.
Memetik laporan Liputan6, guru tersebut telah berkongsikan momen di mana dia tidak tahu bagaimana cara untuk menyebut nama pelajar itu dengan betul, jadi dia telah bertanyakan kepada pelajar di dalam kelasnya bagaimanakah cara untuk menyebutnya.
Ini videonya ges pic.twitter.com/apI7IeWOL9
— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) August 1, 2023
Dalam video yang tular di media sosial itu, dapat dilihat bahawa guru tersebut bertanya kepada pelajar-pelajarnya bagaimana cara untuk menyebut nama yang terdapat pada senarai itu.
Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soalnya.
“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab seorang pelajar yang dipercayai merupakan pemilik nama itu.

Walau bagaimanapun, guru tersebut cuba menyebut nama pelajar itu namun tetap sukar sambil mengatakan, “Namanya susah sangat”.
Rata-rata netizen berjenaka bahawa mereka risau lidah guru tersebut akan terbelit jika dia tetap mencuba untuk menyebut nama pelajar tersebut.
Sumber: Liputan6
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




