Tiga beranak maut kemalangan: Penjual sayur direman hingga esok

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek (tengah) diiringi polis ketika berada di pekarangan Mahkamah Majistret Besut.

image is not available
Laporan Sinar Harian berkaitan kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Setiu.

JERTIH - Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, di sini.

**media[2904953]**

Lelaki itu ditahan di lokap Balai Polis Permaisuri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isnin lepas media melaporkan tiga sekeluarga maut apabila Perodua Axia dinaiki mereka dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 53 Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, kira-kira pukul 4.50 pagi. - Bernama