‘Tiga bulan tak dapat gaji, tetap bagi RM5 buat duit kopi’

26 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tiga bulan tak dapat gaji, tetap bagi RM5 buat duit kopi’

PETALING JAYA – Tindakan seorang pekerja warga asing memberi RM5 sebagai ‘duit kopi’ kepada pemandu e-hailing dengan tujuan bersedekah menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @Abang_stereng yang mengambil penumpang warga Bangladesh itu dari Subang Bistari menuju ke Jalan Klang Lama.

Menurutnya, dia menyedari penumpang itu membawa dua beg besar bersama sebuah kipas meja dan hanya termenung sepanjang perjalanan hampir 40 minit.

“Saya tanya dia nak ke mana. Dia senyum kecil dan beritahu sudah tiga bulan majikan tak bagi gaji dan larikan diri.

“Dia terpaksa berpindah ke tempat kawan untuk cari kerja kosong pemasangan jubin di tapak pembinaan kondominium,” katanya pada hantaran tersebut.

Lebih menyedihkan, apabila ditanya bagaimana dia bertahan sepanjang tiga bulan tanpa gaji, lelaki warga asing itu memberitahu dia hanya bergantung kepada bantuan rakan-rakan yang membelikannya telur untuk dimasak.

Namun, kejadian yang paling menyentuh hati pemandu e-hailing tersebut apabila penumpang berkenaan enggan menerima baki wang tambang sebanyak RM5.

“Saya keluarkan baki RM5 untuk dipulangkan, tapi dia menolak sambil tersenyum dan kata dia beri sebagai duit kopi dan minta saya doakan urusan dia dipermudahkan. Saya terkejut sebab dia tengah susah dan tiga bulan tak dapat gaji,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna kagum dengan ketabahan serta sifat pemurah lelaki berkenaan.

“Mereka ini biasanya paling tinggi kebergantungan kepada Allah. Susah nak sampai tahap ini walaupun diri sendiri banyak masalah,” kata @Acikdriver_.8563.

“Jangan lah ambil kesempatan bila dah dapat pekerja warga asing. Mereka pun cari rezeki juga nak bagi dekat isteri dan anak-anak di kampung,” tambah @Aidaqhu. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tiga bulan tak dapat gaji, tetap bagi RM5 buat duit kopi’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved