Tiga Bulan Tak Dapat Makan Nasi, Wanita Menangis Suap Anak Lepas Tamat Latihan Paskau

12 Aug 2024 • 5:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ibu mana yang sanggup tengok anak-anak berada dalam kesusahan? Insan ini pasti mahu yang terbaik untuk semua cahaya matanya.

Tular di media sosial, video seorang wanita menangis selepas dapat tahu keperitan yang dilalui oleh anak ketika mengikuti kursus komando elit Pasukan Khas Udara (Paskau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Walaupun sedih, dia meluahkan rasa bangga kerana anak lelakinya berjaya menamatkan latihan selama empat bulan itu .

Pada masa tu, Eiman nak bermanja-manja suruh saya suap makan. Tapi sebelum tu dia tak mengadu apa-apa, namun bapa saudaranya beritahu sesuatu.

Katanya anak saya ni lama dah tak jumpa nasi. EIman ni jenis tak nak beritahu mama dia, takut saya bersedih pula kalau mengadu.

Saya tanya berapa lama tak makan nasi? Dia cakap tiga bulan dah. Mahu tak menangis mak dia ni.

Lagi sedih hati wanita ini apabila si anak mendedahkan hanya makan apa yang ada di depan mata sahaja.

Saya nampak dia memang kurus sebab banyak masuk hutan.

Harap anak dapat berbakti kepada negara

Wanita yang dikenali sebagai Hayati ini turut berkongsi kisah sedih lain tentang Eiman ketika menjalani kursus berkenaan.

Sebelum ni masa Eiman dalam latihan TUDM, arwah nenek dia masih ada lagi. Tapi apabila dapat posting ke Labuan, dia tak dapat tengok arwah nenek buat kali terakhir.

Eiman sedih sangat… Jadi dia nekad nak berjaya dalam Paskau ni. Eiman cakap nak banggakan datuk dia walaupun nenek tak dapat meraikan kejayaan dia.

Sementara itu, Hayati menyatakan dia dan suami sudah berpisah namun tidak mahu mengulas mengenai perkara itu.

Hasil pemerhatian kami, video tersebut telah menerima lebih 483,000 jumlah tontonan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar | TikTok