Tiga cedera dalam pergaduhan di kafe Bandar Sunway, suspek diburu

8 Jul 2026 • 8:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga cedera dalam pergaduhan di kafe Bandar Sunway, suspek diburu

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada 6.16 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki yang berada di lokasi itu sebelum tercetusnya pergaduhan.

“Akibat kejadian itu, tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, merakam percakapan saksi kejadian serta memperoleh rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved