Bergaduh di hentian bas, tujuh individu dicekup polis

24 Jun 2026 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bergaduh di hentian bas, tujuh individu dicekup polis
Enam lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan berhampiran sebuah perhentian bas di Jalan Gapam, Bemban. Foto PDRM
Image from: Bergaduh di hentian bas, tujuh individu dicekup polis
Dua lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki di tepi jalan berhampiran perhentian bas di Jalan Gapam.

JASIN - Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang menyebabkan dua individu cedera dalam kejadian berhampiran sebuah perhentian bas di Jalan Gapam, Bemban, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 29 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Melaka antara jam 3 petang hingga 6.50 petang semalam.

"Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan termasuk lima telefon bimbit, pakaian, kasut, selipar serta sebatang kayu berwarna coklat.

"Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Rabu.

**media[3560679]**

Robert berkata, dua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Semalam, Robert dilaporkan berkata, dua lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki di tepi jalan berhampiran perhentian bas di Jalan Gapam.

Beliau dipetik sebagai berkata, berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, mangsa seorang penganggur berusia 21 tahun mengalami kecederaan serius pada kepala, manakala seorang lagi mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami pendarahan dalam otak selain patah tangan dan kaki kiri. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved