Tiga cedera kemalangan di Kunak

4 Apr 2025 • 2:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Tiga orang cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di KM6 Jalan Kunak-Lahad Datu, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 11.59 pagi. Ketika kejadian itu, cuaca dilaporkan cerah.

Pasukan lima anggota diketuai PBKII KUP Brahim Ismail dengan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dari balai.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah Proton Gen-2, sebuah Proton Saga dan motosikal Yamaha Lagenda terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kesemua kenderaan terlibat berada di kawasan rizab jalan yang dipenuhi rumput liar, di mana Proton Saga itu dilihat terbalik.

“Tiga mangsa dilaporkan cedera. Dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

“Seorang lagi diberi rawatan awal oleh pasukan dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS,” katanya.

Kesemua mangsa cedera ringan, termasuk seorang wanita berumur 46 tahun, seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang lagi lelaki yang identitinya belum diketahui.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.19 tengah hari.

Polis trafik turut berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved