
TAWAU: Tiga termasuk seorang lelaki warga Emas, 70, cedera apabila pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Kalabakan, pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, sepasukan sembilan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi sejauh 156 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.48 petang menerusi MERS999.
Operasi tersebut turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan yang tiba lebih awal di lokasi untuk menyelamatkan para mangsa terlibat.
Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah pacuan empat roda yang terbabas sendiri di bahu jalan dan terdapat tiga mangsa cedera di dalamnya yang berusia di antara 29 hingga 70 tahun.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Mangsa berjaya dikeluarkan anggota PBS Kalabakan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Tawau dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut,”kata kenyataan itu.
Operasi ditamatkan jam 5.45 petang selepas pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
